Kat bawah ni, ucapan dari Tuan Pengerusi yg dipetik dari email yang ditujukan khas utk AJK2 Program Bersamamu Cendana 2008:-
Alhamdulillah, dengan izinNya majlis telah selamat dilaksanakan,
1. Mencari dana
2. Menyerahkan kpd yg sepatutnya
Jutaan terima kasih saya ucapkan kpd semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah saja yang dpt membalasnya.
Pada saya ini adalah satu program yang begitu berjaya kerana setiap orang membuat kerja tanpa mengharap ganjaran dunia. Ada yang menggunakan wang saku sendiri,ada yang bersengkang mata selepas kerja malam, ada yang perabis bil telefon membuat panggilan sana-sini,ada yang delay balik kampong, ada yang mengorbankan masa dihari miggu bersama anak2 dan byk lagi pengorbanan telah dilakukan. Oleh sebab itu apabila berlaku sedikit masalah ketika majlis berlangsung,dengan izin Allah ianya dapat diatasi dengan begitu smooth sekali tanpa menjejaskan langsung keseluruhan majlis. Terima kasih sekali lagi kpd anda semua
Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dari segi perbuatan,tuturkata,sindiran sepanjang program ini berlangsung samada sedar atau tidak. Idea dan sokongan anda semua SANGATLAH SAYA HARGAI . Dan berharap kita dapat bekerjasama lagi dilain program InsyAllah
Bahrin Bujang
Tuan Pengerusi sedang berucap
Tn. Haji Kahar menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak
Aku, K. Dina, K. Norly, yg ternganga tu Abg. Samadi hehehe..dan Usop (penyelamat keadaan)
Sdg khusyuk mendengar ceramah... Sempat lagi tu....
