Kat bawah ni, ucapan dari Tuan Pengerusi yg dipetik dari email yang ditujukan khas utk AJK2 Program Bersamamu Cendana 2008:-

Salam,
Alhamdulillah, dengan izinNya majlis telah selamat dilaksanakan,

1. Mencari dana
2. Menyerahkan kpd yg sepatutnya

Jutaan terima kasih saya ucapkan kpd semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung. Hanya Allah saja yang dpt membalasnya.

Pada saya ini adalah satu program yang begitu berjaya kerana setiap orang membuat kerja tanpa mengharap ganjaran dunia. Ada yang menggunakan wang saku sendiri,ada yang bersengkang mata selepas kerja malam, ada yang perabis bil telefon membuat panggilan sana-sini,ada yang delay balik kampong, ada yang mengorbankan masa dihari miggu bersama anak2 dan byk lagi pengorbanan telah dilakukan. Oleh sebab itu apabila berlaku sedikit masalah ketika majlis berlangsung,dengan izin Allah ianya dapat diatasi dengan begitu smooth sekali tanpa menjejaskan langsung keseluruhan majlis. Terima kasih sekali lagi kpd anda semua

Di sini saya ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap dari segi perbuatan,tuturkata,sindiran sepanjang program ini berlangsung samada sedar atau tidak. Idea dan sokongan anda semua SANGATLAH SAYA HARGAI . Dan berharap kita dapat bekerjasama lagi dilain program InsyAllah

Bahrin Bujang
<
P/s: Terima kasih Tuan Pengerusi di atas email yg sungguh mengharukan.. :) Di bawah ni gambar2 di sekitar majlis.. sorry la tak dapat nak upload semua.. so layannn je lah...
<
Tuan Pengerusi sedang berucap

Tn. Haji Kahar menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak

Antara penduduk-penduduk yg menerima sumbangan
Aku, K. Dina, K. Norly, yg ternganga tu Abg. Samadi hehehe..dan Usop (penyelamat keadaan)
Sdg khusyuk mendengar ceramah... Sempat lagi tu....
<
Akhirnya, wang kutipan jualan tiket dari Football Charity Match yang berlangsung pada May yang lalu.. telah selamat disumbangkan kepada penduduk-penduduk miskin di Taman Cendana.. moga amalan serta sumbangan kita diterima oleh Allah s.w.t .. Amin..... Selamat Tahun baru!!!


Haa.. ini lah dia keratan akhbar yg aku bgtau tadi.. tengok... tengok... muka sape yg enter frame tuh.... ada kenal ka? En. Mahpiz sikit punya bangga.... muka terpampang... jgn hospitalize lagi lepas ni sudah!! kih kih kih kih..

Kalau nak baca keratan akhbar ni, sila klik pada gambar untuk paparan yg lebih jelas... Semoga usaha murni untuk membantu warga miskin ini diberkati Allah...
Amiinnnn...
Sekian dulu, coretan aku kali ini... see u again in my next story..




Committee yang bertugas untuk program "Back to School Shopping"

Bergambar bersama 'Si Kembar' yang comel... Anak sapa la tuh....

K. Norly, orang paling berpengalaman bab shopping barang sekolah.. aku jadi tukang sibuk jee.. hehehe..

ewahh.. ibu2 sedang mencuba baju pada adik kita nih.. labuh sangat la kak.....

Sepakat membawa 'BERKAT'
Pengalaman yang bermakna untuk aku... sebelum resignnnn.... isk .. isk..



Ok lah.. nantikan update seterusnya untuk acara kemuncak PROGRAM BERSAMAMU CENDANA 2008 di ruangan RizHad pada entry yg akan datang.. sehingga berjumpa lagi... STAY TUNE!!!!!

Orang yang KUAT adalah orang yang dapat menahan kemarahannya
ketika ia di dalam kemarahan.


Siapakah orang yang LEMAH?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
>
Siapakah orang yang BAKHIL?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
>
Siapakah orang yang BUTA?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
>
Siapakah orang yang TULI?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
>
Siapakah orang yang SIBUK?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "In! na lillahi wainna illaihirajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
>
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
>
Siapakah orang yang KAYA?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
>
Siapakah orang yang MISKIN?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
>
Siapakah orang yang PANDAI?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
>
Siapakah orang yang BODOH?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
>
Siapakah orang yang MAJU dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
>
Siapa kah orang-orang yang MUNDUR hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
>
Siapakah orang yang GILA itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang membolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
>
Siapakah orang yang RUGI?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan
>
Siapakah orang yang selalu DITIPU?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
>
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling LUAS?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.
>
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang SEMPIT lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.


Sekian dulu tazkirah di RizHad... semoga membawa manfaat...
>